Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, Mac Dogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa.Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan – Dunia Tanpa Sempadan.

Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara.

Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga.

Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama.

Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah.

Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia.

Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah.